masih ingatkah dulu
masa kita hingusan
jelingan
permusuhan
kebencian
tiba-tiba bisa menjadi kawan
pelik bukan?
mungkin
aku takdirmu
kau takdirku
membantu sama sendiri
menampal yang perlu
kerana kita
manusia
saat ini
aku sedang tersenyum
meningati saat-saat bersama
penuh warna-warni
persis pelangi
namun adakalanya mendung
tanpa diduga
tapi itu yang mencorak
duniaku
tidak seronok bukan?
jika dunia ini penuh berlian
tiada kaca
aku toleh sebentar
melihat lakaran sejarah lalu
yang masih terlukis di minda
ada suka
ada duka
kalau aku bisa menghenti masa
aku mahu berada terus disitu
tidak berganjak
aku takut
jika aku maju
kau akan hilang
jauh dimata
tapi
apakan daya
aku tiada kuasa
dan aku bukan manusia hina
hanya pentingkan diri
aku mahu kau berjaya
mendaki menara
berlari ke langit
mengejar cita-citamu
supaya nanti
bila aku lihat kau
aku boleh bermegah
menjerit pada dunia
mengatakan
"dia sahabatku"
No comments:
Post a Comment