Tuesday, March 16, 2010

smbungan KeRTas

Bab 2

Qhusyairi VS Cikgu Zamrul

Aku tak dapat focus apabila Cikgu Zamrul mengajar. Aku masih teringatkan surat yang masih berada ditanganku. Aku genggam erat surat itu. Entah apa yang mamat tu tengah fikirkan.

‘Kenapa Alisya tak balas surat aku ek? Dia tak sudi nak kawan dengan aku. Sadis betullah aku ni. Entah-entah dia dah ada pakwe. Macam mana ni? Sedih betul. Cikgu Zamrul pulak tak abis membebel dia ni nak mengajar ke tak? Eleh macam aku dengar. Jasad je kat sini, fikiran dengan perasaan dah entah ke mana halanya,’ Qhusyairi bermonolog sendiri sambil matanya tertoleh-toleh ke arah Alisya. Entah apa yang Alisya tengah fikir.

“Alisya, Qhusyairi tengah buat apa tu? Sorang tertunduk-tunduk, sorang lagi mata entah ke mana. Qhusyairi saya ada kat depan ni tak pergi mana. Tak lesap tak yah nak cari. Alisya awak pulak kira semut ke? Semut banyak dekat bawah meja ke? Dari kira semut tu, baik awak selesaikan soalan dekat papan putih ni,” kata-kata Cikgu Zamrul disambut oleh gelak tawa pelajar 4 Turquoise.

Muka aku dah panas macam kerang kena bakar. Malunya Tuhan saja yang tau. Mahu saja aku lari keluar balik masuk dorm tapi bila difikirkan balik lagi malu tahap gaban kalau buat macam tu. Aku hanya memandang meja sambil mengutil-gutil hujung buku. Macam rasa nak nangis pulak.

“Erm, cikgu actually Alisya dia tak sihat. Maybe sebab tu dia tunduk kot,” aku langsung tak sangka yang Qhusyairi sedang membela aku. Bertambah-tambahlah aku suka kat mamat ni.

“Oh, Alisya betul ke awak sakit?” aku hanya mengangguk. “Hmmm.. Tak pe Alisya kamu boleh duduk. Kalau Alisya sakit kamu pulak kenapa? Apa alasan kamu? Kamu cari Alisya ke?” ujar cikgu sekali lagi disambut gelak tawa.

“Eh, taklah cikgu! Saya cari cikgu lah takut lesap. Nanti takut tak ada sapa nak mengajar saya subjek Fizik,” ujarnya selamba. Kali ini lebih kuat gelak tawa yang keluar. Aku tak dapat tahan dari ketawa apabila mendengar kata-kata Qhusyairi. Tak sangka langsung Qhusyairi macam ni. Lain betul perangainya kali ini. Weird! Ini ke personality Qhusyairi yang sebenar. Serius, aku tak sangka Qhusyairi boleh jadi macam ini. Mamat paling pendiam(tak adalah pendiam sangat, tapi dikira antara yang pendiamlah)boleh cakap macam tu dengan Cikgu Zamrul. Banyak risiko kalau cuba ‘bergurau’ dengan Cikgu Zamrul. Silap-silap boleh berdiri di hadapan perhimpunan di suruh menyanyi. Berani betul Qhusyairi!

“Pandai betul awak menjawab. Sudah duduk, siapkan kerja saya bagi kat depan ni,” Cikgu Zamrul memberi arahan lalu menyambung pembelajaran yang tergendala. Aku melepaskan nafas lega nasib baik Qhusyairi tak kena dengan Cikgu Zamrul, kalau tidak aku akan rasa bersalah seumur hidup. (3# Bila orang yang kita suka cuba bela kita tapi dia yang terkena akibatnya kita akan rasa bersalah yang teramat sangat)

Tanganku bergerak menyalin nota yang diberikan oleh Cikgu Zamrul tapi mataku tidak tetap, meliar adakalanya aku pandang depan adakalanya mataku sibuk menilik Qhusyairi. ‘Kenapa aku suka dia ya?,’bisik hatiku keliru.

................................................bkl disambung

Ever Ever After by Carrie Underwood

Storybook endings, fairy tales coming true
Deep down inside we want to believe they still do
In our secretest heart, it's our favourite part of the story
Let's just admit we all want to make it too

Ever ever after
If we just don't get it our own way
Ever ever after
It may only be a wish away

Start a new fashion, wear your heart on your sleeve
Sometimes you reach what's real just by making believe
Unafraid, unashamed
There is joy to be claimed in this world
You even might wind up being glad to be you

Ever ever after
Though the world will tell you it's not smart

Ever ever after
The world can be yours if you let your heart
Believe in ever after

No wonder your heart feels it's flying
Your head feels it's spinning
Each happy ending's a brand new beginning
Let yourself be enchanted, you just might break through

To ever ever after
Forever could even start today
Ever ever after
Maybe it's just one wish away
Your ever ever after

(I've been dreaming of a true love's kiss)

Oh, for ever ever after

Love this song so much. It remind me bout fantasy of love and happily ever after. I wish I have a wonderful love story in my live. Believe in ever after.

mnambah baik KeRTas


Bab 1

Kelas Puan Aisah

Qhusyairi!! Ah, indahnya nama itu! Dari tadi wajah miliknya kutatap tanpa jemu. Dia sedang tekun belajar, penuh kosentrasi dan fokus. Wah, kacaknya!! Serius dan bersahaja. Itulah sikap yang dimiliki oleh pemilik bernama Qhusyairi. Qhusyairi Amrain bin Khairul Azrai, nama yang indah buat pemiliknya. Matanya sejak dari tadi tidak teralih dari papan putih. Ekspresi wajahnya mencuit hatiku. Aku berkhayal. Terbayang dirinya menjadi Prince Charmingku. Kami menjadi pasangan atau we can call it ‘couple’. Haha.. Wah, seronoknya! Kami akan pergi makan bersama, pulang sekolah bersama, main mesej, buat kerja sekolah bersama. Ah, senang kata semuanya bersama! Tapi, mungkinkah jadi macam ni. Adakah dia akan menjadi seromantis itu? Atau sekadar mendiamkan diri seperti ini? Mungkin? Siapa tahu? Banyak kemungkinan boleh berlaku jika bersama jejaka pendiam sepertinya, penuh dengan surprises. Haha.. Nak tergelak pun ada bila terfikir macam tu. Ingat apa filem lama, kisah P. Ramlee ke?

Puan Aisah sedang khusyuk mengajar di depan, aku pula ‘khusyuk’ meneroka dirinya. Setiap inci wajahnya aku tilik. Masa add math yang sepatutnya aku gunakan untuk belajar bagi persediaan peperiksaan akhir tahun terbuang begitu sahaja. “Alisya, jawab soalan no 4 sekarang,” ujar Puan Aisah tegas. Matanya mencerlung melihat wajahku. Aku tercengang. Rakan sebelahku, Marlia segera menunjukkan bukunya. Bingkas aku bangun membuat soalan itu di papan putih. ‘Harap-harap betul,’bisik hatiku risau.

Aku kembali duduk di tempatku. Menanti kata yang bakal terkeluar dari mulut Puan Aisah, umpama menunggu hukuman. Aku sudah terketar-ketar. Puan Aisah meneliti jawapan yang aku buat. Hatiku terkumat-kamit berdoa agar jawapanku betul. Tanpa aku sedari ada mata yang memandangku.

‘Kesian Alisya. Dia bukan tak sihat ke? Kenapa dia datang sekolah? Baru tadi Shasha kata Alisya tak sihat.’ Dia hanya memandang simpati. Hendak menolong tak mampu. Apa kata kawan-kawan lain kalau tiba-tiba dia bangun nak menolong Alisya. Yang penting apa kata Alisya? Dah gila ke mamat nie tiba-tiba tolong aku? Ah, kenapalah perkara ini berlaku kat aku?

“Bagus, saya ingat awak berkhayal tadi. Huh, yang lain contohi Alisya, next time bagi tumpuan dalam kelas saya. Baiklah semua, buat latihan muka surat 215, practice 12. Pastikan semua siap. Esok saya nak kutip. Asyraf besok kutip buku letak kat tempat saya. Ok, semua bangun,”arah Puan Aisah. Aku bersyukur. Hanya Tuhan saja yang mengetahui bertapa bersyukurnya aku. Aku berbisik kepada rakanku mengucapkan terima kasih, aku serba salah tak pasal-pasal aku dapat pujian bak kata orang lembu punya susu sapi dapat nama. Kesian.

Aku menyembamkan mukaku ke atas meja. Kepala aku pening, rasa seperti ingin muntah. Aku kurang sihat pada zahirnya kerana itu aku berkhayal dari tadi. Mana taknya. Takkan aku nak tidur dalam kelas Cikgu Aisah. Cari maut namanya. Usually, aku bagi tumpuan dalam kelas Puan Aisah even actually aku tercari-cari kelibat Qhusyairy. Haha..shhhyyy.. Biarlah rahsia. Aik, dah macam Siti Nurhaliza pulak! Haha.. perasan jadi artis pulak! Dah memang tabiat berangan je. Memanglah jadi macam ni.

Sedang aku ‘sibuk’ melepaskan lelah. Mata yang dari tadi memandang terus memandang tanpa jemu. Mungkin perasaan hati tapi sumpah aku rasa ada orang pandang aku dan yang pasti aku tak selesa langsung. Aku mendongak melilau mencari empunya diri. Saat itu jantung aku seakan-akan berhenti berdetak. Qhusyairi sedang berjalan menuju ke mejaku. Saat itu aku membayangkan umpama Prince Charmingku sedang menuju ke arahku menaiki kuda putih sambil membawa bunga lili putih kegemaranku. Putih sesuci cintanya buatku. Ah!! Aku pula memakai gaun putih kembang menantinya membawa aku jauh dari anasir-anasir jahat. Hoi, ingat apa, cerita Cinderella? Alamak! Qhusyairi berdiri betul-betul depan aku sekarang. Calm down girl. Relax! Dia manusia bukan naga nak datang makan kau so jangan risau. Dia Prince Chaming kesayangan kau. Aku cuba bertenang. ‘Indahnya hari ni,’ gumam hatiku.

“Awak ada cakap something ke tadi?,”ujar Qhusyairi kepadaku. Suara garau miliknya bagaikan lagu yang berirama pulak. Ah! Bestnya! “Awak?”tangannya dilambai-lambaikan dihadapan wajahku. “Sorry, eh tak saya tak cakap apa-apa pun? Kenapa err.. awak ada dengar apa-apa ke?”ujarku cuba bersahaja. Takut gagap pulak karang. Buat malu je. “Oh, I thought I heard something. Erm.. Tak pe lah kalau macam tu. Saya nak mintak tolong awak. Soalan tadi tu saya kurang faham sikit tolong ajar. Saya tau awak tak selesa dengan saya. Kalau tak selesa awak just tulis jalan kira yang properly jangan skip apa-apa pun then bagi kat saya. Kalau nak bagi penerangan awak tulis je. Okay?”ujarnya panjang lebar tanpa memberi aku langsung peluang untuk bercakap. “Erm... Okay. No problem. Saya rasa saya boleh tolong. Awak duduklah dulu karang saya pass kan,”aku tak sedar langsung apa aku cakap. Aku just cakap je. Macam mana aku boleh bagi persetujuan. Pelik bin ajaib. ‘Argh!!’batinku menjerit membantah.

Entah mengapa dan apa yang telah merasuk aku. Aku terus menuliskan jalan kira yang PROPERLY seperti yang diminta Qhusyairi. Argh! Apa ‘bala’ yang dibawa si Qhusyairi ni? Bala ke? Atau luck? Huh? Aku tak faham dengan diri sendiri. Apa yang aku buat ni? Aku keliru.

Setelah siap, aku pass kan kepadanya sepantas mungkin. (Pantaslah sangat) “Nah, saya dah tulis dah kan! Nak saya terangkan lagi ke?”kataku sambil menghulurkan kertas telah tertulis jalan kira itu kepadanya. “Erm.. tak yah lah. Saya rasa saya boleh faham. Don’t worry. Hmm.. Nah, untuk awak pulak!,”kertas berwarna sky blue itu diserahkan kepadaku. Aku mengunjukkan kertas itu kepadanya. Tak faham kenapa perlu ada kertas untukku pula. “Buka then baca,”katanya sambil tersenyum. Ya Allah! Handsomenya dia bila senyum. Dia senyum kat aku kan? Aku tertoleh-toleh jika ada orang lain kat belakang. Tak ada. Memang senyuman itu untuk akulah. Putera aku senyum kat aku. Ah, tidak! Aku menerima terlalu banyak kejutan. Balik ini kena tulis dalam diari. Perlu. Mesti. Wajib. “Erm..thanks chaw dulu. Er.. Okay. Bye! Pergi dulu,”akhirnya aku gagap dan start merapu tak tentu arah. Mesti diari aku ‘bangga’ dengan aku sebab dah tulis perkara yang memalukan hari ini.

Kertas tadi aku buka perlahan-lahan. Saja nak bagi kejutan kat diri sendiri. Ceh, nak kasi gempak sikit! Tapi sumpah hati aku berdegup laju sangat. Macam baru kena kejar anjing. Ketika itu terpaparlah tulisan milik Qhusyairi yang amat cantik plus menawan. (1#Bila dah suka seseorang semua benda tentang orang itu akan nampak indah.)

Untuk To Alisya,

Erm.. thankz 4 the answer.. nanti bolehlah tolong lagi ek? eh boleh ker?Hehehe.. harap2 awak x kisah nak tolong saya lain kali.. kita x pernah bercakap walaupun kita sekelaskan? So ape kata kita mula berkawan.. hai nama saya Qhusyairi Amrain bin Khairul Azrai.. Nice to meet u? Umur saya 16 tahun.. eleh kan sma dengan awak.. saya dilahirkan pd 26 Feb.. alamat?Nak tau jugak ker? Hehe.. no. 12, jalan cawan A1/2, taman kurnianwan..apelagi ek?? Nnt kita sambung ek? Boleh? Tapi kena perkenalkan diri awak dulu sebab saya x kenal awak..hehehe..selamat berkenalan. Saya ikhlas nak kawan dengan awk.

From QA

Ya Allah! Qhusyairi ke yang tulis ni biar betul? Seronoknya! Boleh tampal dalam diari nanti or kat dalam bilik ke. Mana-mana jelah yang pasti aku dapat surat daripada jejaka idaman hati. Ah, sukanya! Nak balas ke? Eh, mestilah! Kena balas pasti sebab inilah satu-satunya option yang dah terhidang depan mata untuk mendekati Qhusyairi.

Dear Qhusyairi,

Salam.. ur welcome..insyallah lain kali saya akan tolong awak lagi.. so janganlah segan-segan nak mintak tolong pulak tau.. hehehe... x sangka awak nak berkenalan dengan saya.. awak dah kene rasuk dengan hantu alien ker? hehehe...saya x kisah langsung untuk berkawan dengan awak.. ok.. nama saya pulak Farha Alisya binti Hj, Firhan Anuar... sedapkan?? hehe.. puji diri sendiri.. umur kita sama kan? hehe.. saya dilahirkan pada 15 September.. alamat kita pulak ...erm.. Biarlah rahsia!! Mana boleh bagi tau.. lagi apa awak nak tau.. erm..awak balas nanti jerlah.. eh, awak nak balas ke? Wait n see... hehehe..

ikhlas dari Alisya,(^-^)

p /s; saya ikhlas tau.. sesangat-sangat ikhlas..

Aku teragak-agak untuk menghantar kertas ini kepadanya. Kertas itu aku baca berkali-kali.(dah tak terkira dah) Takut terdapat kesalahan ejaan. Malulah nanti. (2# Kenalah nampak perfect pada pandangan secret admire.)

Selepas memastikan semua berjalan lancar, aku dengan bangganya mengatur langkahku menuju ke tempat duduk ‘si dia’. Tiba-tiba, entah dari mana datangnya ‘bala’,”Bangun semua, selamat pagi cikgu!” aku nyaris terjatuh, mungkin terperanjat. Cepat-cepat aku paut meja berhampiran karang tak pasal-pasal mamat tu pandang malu aku. Ah, tidak!

“Selamat pagi semua, sila duduk tempat masing-masing,” ujar Cikgu Zamrul sambil matanya yang ada seakan-akan mata naga memandang tepat ke arahku las a amaran. Saat itu Tuhan sahaja yang tahu bertapa malunya aku. Dalam hatiku memaki-maki Cikgu Zamrul, nasib baik aku cepat-cepat tersedar, kalau tak abislah segala ilmu yang cikgu ajar hilang. Aku beristigfar panjang.

Friday, March 12, 2010

Tujuh Warna Di Atas Palet Cinta

tak kerananya, tujuh
hidup ini hitam putih
adakala semuanya hitam
adakala semuanya putih
ditangannya pula kelabu
laksana wayang era dulu
orang bilang aku klasik
aku bilang kau lunatik
orang cakap aku gemersik
aku cakap kau fanatik
hidup ini tiada yang simbolik
nyata ini serba materialistik
realitinya, aku tak punya apa
hati ingin sekali membeli warna
hitam putih bukan tak boleh hidup
rasanya lebih indah jika berwarna
tiba-tiba dia menyapa diriku
dibawakanku palet cinta
diatasnya ada tujuh warna
dia bilang, untuk aku semuanya
aku bilang, kaulah segalanya..
karya unknown



sajak yang paling aku minati!!
hope u enjoy it as i do!!!

epilog ++Ti amo!

Aku jatuh cinta? Betulke? Atau ia sekadar mainan perasaan?

Aku cumalah seorang gadis biasa-biasa. Tidak dikenali. Tidak popular. Not glam. Tiada apa-apa yang special mengenai aku. Tiada rupa yang memikat, tidak juga memiliki kulit yang segebu Miley Cyrus (aku tengah minat gila kat dia.. so sorry! Hehe..) Just simple and plain girl. Mungkin orang akan fikir aku merendah diri tapi realitynya itu adalah hakikat. Hakikat yang tak dapat disembunyi oleh sesiapa. Jangan risau. Aku masih bersyukur menjadi aku, cukup perfect buat orang yang aku sayang and orang yang sayang aku. Someone look beautiful to us because we love them. Itulah kata-kata yang aku cuba pegang dari dulu.

Like the other girls, aku tak terkecuali daripada menyukai lelaki. (Aku harap aku terkecuali. Any idea?) Well, aku tau aku tak setanding dengan ‘dia’. Sebab tulah aku just suka dia dari jauh. Tapi sebenar-benarnya aku takut yang teramat sangat dengan apa yang aku alami. Padahal, kakak aku cakap “Its normal lah. Kau manusia kan, so normal lah ada perasaan macam tu.” But, Uztazah Rocks (bukan nama sebenar) mengatakan zina hati, zina mata dan macam-macam lagi pasal Puppy Love aku ni. So, akhirnya menyebabkan aku jadi takut. Takut melakukan dosa. Jadi sebagai jalan selamat aku telah menanam perasaan BENCI yang tersangat-sangat dekat ‘dia’ agar aku boleh menjalani hidup aku tanpa rasa bersalah and wujud perasaan pelik tu. (Ke aku yang pelik?) Every time wajah ‘dia’ mengganggu minda aku, dengan ‘power’ yang ada, aku pun usir wajah dia pergi. Boleh ke aku buat macam tu?

Realitinya, aku masih lagi amatur tentang cinta. Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta? Banyak buku-buku novel yang memaparkan kisah-kisah cinta dan ia dianggap cinta sejati. Tapi wujud ke istilah cinta sejati tu? Cintakan punya banyak cabangnya. Ceh, bercakap pasal cinta pulak! Well! Okay berbalik kepada tadi. Cinta ada banyak cabangnya ada cinta kilat, cinta monyet atau puppy love, cinta sejati, cinta pura-pura dan banyak lagi. Banyak istilahnya tapi mana satu yang sedang aku alami. Cuma yang pasti cinta pada yang Esa lah yang kekal abadi. Pening jugak kepala ni ek bila kita dok sibuk-sibuk fikir soal cinta. Hmmm.. Mesti mudahkan kalau cinta ni ada formula (Y=H2+ms). Kira-kira dah dapat jawapan macam Math. Ada ke macam tu? Hehe...

2 February 1.49 a.m.

The end-J Imani Alyeera

Butir-butir blog yang terpampang dihadapanku dibaca berkali-kali. Sebelum menekan butang ‘SAVE’. Well, semenjak dah pandai menjejaki dunia IT ini, semakin tinggi minatku terhadap penulisan blog. Sekarang aku lebih meminati blog berbanding diari. Sekali-sekala nak jugak beralih arah. Yelah, tak kan kita nak jadi orang yang dah ketinggalan. Kenalah bergerak maju sikit. Haha.. actually, banyak benda yang kita boleh curahkan melalui blog. Walaupun belum mendapat respons dari mana-mana hamba Allah tapi aku bersyukur sebab aku lagi suka macam ni. Mana taknya, kalau budak sekolah aku yang baca tak ke mampus aku nanti. Haru-biru hidup aku nanti. Ah, tidak! Usai menulis aku menutup laptop. Jam berdetik kuat bunyinya. ‘Alamak, dah pukul 2.00 pagi,’gumam hatiku. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke bilikku kerana tak mahu mengejutkan sesiapa. Kalau parent aku tau aku berjaga sampai pukul 2.00 pagi semata-mata nak tulis blog. Matilah aku kena dengar syarahan diorang. Mahu bernanah telinga ni. Ah, tidak! Sampai sahaja kat dalam bilikku aku terus membaringkan tubuhku ke atas katil. Aku memandang ke syiling melihat kipas berpusing. Aku memikirkan apa yang aku telah tulis dalam blog tadi. Masih berfikir dan akhirnya aku terlelap.

Hari ini aku bangun agak lewat, biasalah dah kata tidur terlebih ‘awal’ inilah jadinya. Nasib baik hari ini bukan hari sekolah dan kebetulan aku ABC hari ni. Selamat dunia akhirat. Hehe..