Friday, March 12, 2010

epilog ++Ti amo!

Aku jatuh cinta? Betulke? Atau ia sekadar mainan perasaan?

Aku cumalah seorang gadis biasa-biasa. Tidak dikenali. Tidak popular. Not glam. Tiada apa-apa yang special mengenai aku. Tiada rupa yang memikat, tidak juga memiliki kulit yang segebu Miley Cyrus (aku tengah minat gila kat dia.. so sorry! Hehe..) Just simple and plain girl. Mungkin orang akan fikir aku merendah diri tapi realitynya itu adalah hakikat. Hakikat yang tak dapat disembunyi oleh sesiapa. Jangan risau. Aku masih bersyukur menjadi aku, cukup perfect buat orang yang aku sayang and orang yang sayang aku. Someone look beautiful to us because we love them. Itulah kata-kata yang aku cuba pegang dari dulu.

Like the other girls, aku tak terkecuali daripada menyukai lelaki. (Aku harap aku terkecuali. Any idea?) Well, aku tau aku tak setanding dengan ‘dia’. Sebab tulah aku just suka dia dari jauh. Tapi sebenar-benarnya aku takut yang teramat sangat dengan apa yang aku alami. Padahal, kakak aku cakap “Its normal lah. Kau manusia kan, so normal lah ada perasaan macam tu.” But, Uztazah Rocks (bukan nama sebenar) mengatakan zina hati, zina mata dan macam-macam lagi pasal Puppy Love aku ni. So, akhirnya menyebabkan aku jadi takut. Takut melakukan dosa. Jadi sebagai jalan selamat aku telah menanam perasaan BENCI yang tersangat-sangat dekat ‘dia’ agar aku boleh menjalani hidup aku tanpa rasa bersalah and wujud perasaan pelik tu. (Ke aku yang pelik?) Every time wajah ‘dia’ mengganggu minda aku, dengan ‘power’ yang ada, aku pun usir wajah dia pergi. Boleh ke aku buat macam tu?

Realitinya, aku masih lagi amatur tentang cinta. Apa itu cinta? Ada apa dengan cinta? Banyak buku-buku novel yang memaparkan kisah-kisah cinta dan ia dianggap cinta sejati. Tapi wujud ke istilah cinta sejati tu? Cintakan punya banyak cabangnya. Ceh, bercakap pasal cinta pulak! Well! Okay berbalik kepada tadi. Cinta ada banyak cabangnya ada cinta kilat, cinta monyet atau puppy love, cinta sejati, cinta pura-pura dan banyak lagi. Banyak istilahnya tapi mana satu yang sedang aku alami. Cuma yang pasti cinta pada yang Esa lah yang kekal abadi. Pening jugak kepala ni ek bila kita dok sibuk-sibuk fikir soal cinta. Hmmm.. Mesti mudahkan kalau cinta ni ada formula (Y=H2+ms). Kira-kira dah dapat jawapan macam Math. Ada ke macam tu? Hehe...

2 February 1.49 a.m.

The end-J Imani Alyeera

Butir-butir blog yang terpampang dihadapanku dibaca berkali-kali. Sebelum menekan butang ‘SAVE’. Well, semenjak dah pandai menjejaki dunia IT ini, semakin tinggi minatku terhadap penulisan blog. Sekarang aku lebih meminati blog berbanding diari. Sekali-sekala nak jugak beralih arah. Yelah, tak kan kita nak jadi orang yang dah ketinggalan. Kenalah bergerak maju sikit. Haha.. actually, banyak benda yang kita boleh curahkan melalui blog. Walaupun belum mendapat respons dari mana-mana hamba Allah tapi aku bersyukur sebab aku lagi suka macam ni. Mana taknya, kalau budak sekolah aku yang baca tak ke mampus aku nanti. Haru-biru hidup aku nanti. Ah, tidak! Usai menulis aku menutup laptop. Jam berdetik kuat bunyinya. ‘Alamak, dah pukul 2.00 pagi,’gumam hatiku. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke bilikku kerana tak mahu mengejutkan sesiapa. Kalau parent aku tau aku berjaga sampai pukul 2.00 pagi semata-mata nak tulis blog. Matilah aku kena dengar syarahan diorang. Mahu bernanah telinga ni. Ah, tidak! Sampai sahaja kat dalam bilikku aku terus membaringkan tubuhku ke atas katil. Aku memandang ke syiling melihat kipas berpusing. Aku memikirkan apa yang aku telah tulis dalam blog tadi. Masih berfikir dan akhirnya aku terlelap.

Hari ini aku bangun agak lewat, biasalah dah kata tidur terlebih ‘awal’ inilah jadinya. Nasib baik hari ini bukan hari sekolah dan kebetulan aku ABC hari ni. Selamat dunia akhirat. Hehe..

1 comment:

  1. keep writing..
    kne wt improvement.. klu x boring nnt..
    good luck..

    ReplyDelete