Friday, April 15, 2011

Sambungan Bab 2 KERTAS

Bab 2

Qhusyairi VS Cikgu Zamrul

Aku tak dapat focus apabila Cikgu Zamrul mengajar. Aku masih teringatkan surat yang masih berada ditanganku. Aku genggam erat surat itu. Entah apa yang mamat tu tengah fikirkan.

‘Kenapa Alisya tak balas surat aku ek? Dia tak sudi nak kawan dengan aku. Sadis betullah aku ni. Entah-entah dia dah ada pakwe. Macam mana ni? Sedih betul. Cikgu Zamrul pulak tak abis membebel dia ni nak mengajar ke tak? Eleh macam aku dengar. Jasad je kat sini, fikiran dengan perasaan dah entah ke mana halanya,’ Qhusyairi bermonolog sendiri sambil matanya tertoleh-toleh ke arah Alisya. Entah apa yang Alisya tengah fikir.

“Alisya, Qhusyairi tengah buat apa tu? Sorang tertunduk-tunduk, sorang lagi mata entah ke mana. Qhusyairi saya ada kat depan ni tak pergi mana. Tak lesap tak yah nak cari. Alisya awak pulak kira semut ke? Semut banyak dekat bawah meja ke? Dari kira semut tu, baik awak selesaikan soalan dekat papan putih ni,” kata-kata Cikgu Zamrul disambut oleh gelak tawa pelajar 4 Turquoise.

Muka aku dah panas macam kerang kena bakar. Malunya Tuhan saja yang tau. Mahu saja aku lari keluar balik masuk dorm tapi bila difikirkan balik lagi malu tahap gaban kalau buat macam tu. Aku hanya memandang meja sambil mengutil-gutil hujung buku. Macam rasa nak nangis pulak.

“Erm, cikgu actually Alisya dia tak sihat. Maybe sebab tu dia tunduk kot,” aku langsung tak sangka yang Qhusyairi sedang membela aku. Bertambah-tambahlah aku suka kat mamat ni. ‘Ish dia ni saja nak aku jatuh cintan kat dia ke?’gumamku rendah.

“Oh, Alisya betul ke awak sakit?” aku hanya mengangguk. “Hmmm.. Tak pe Alisya kamu boleh duduk. Kalau Alisya sakit kamu pulak kenapa? Apa alasan kamu? Kamu cari Alisya ke?” ujar cikgu sekali lagi disambut gelak tawa.

“Eh, taklah cikgu! Saya cari cikgu lah takut lesap. Nanti takut tak ada sapa nak mengajar saya subjek Fizik,” ujarnya selamba. Kali ini lebih kuat gelak tawa yang keluar. Aku tak dapat tahan dari ketawa apabila mendengar kata-kata Qhusyairi. Tak sangka langsung Qhusyairi macam ni. Lain betul perangainya kali ini. Weird! Ini ke personality Qhusyairi yang sebenar. Serius, aku tak sangka Qhusyairi boleh jadi macam ini. Mamat paling pendiam(tak adalah pendiam sangat, tapi dikira antara yang pendiamlah)boleh cakap macam tu dengan Cikgu Zamrul. Gila. Banyak risiko kalau cuba ‘bergurau’ dengan Cikgu Zamrul. Silap-silap boleh berdiri di hadapan perhimpunan di suruh menyanyi. Berani betul Qhusyairi!

“Pandai betul awak menjawab. Sudah duduk, siapkan kerja saya bagi kat depan ni,” Cikgu Zamrul memberi arahan lalu menyambung pembelajaran yang tergendala. Aku melepaskan nafas lega nasib baik Qhusyairi tak kena dengan Cikgu Zamrul, kalau tidak aku akan rasa bersalah seumur hidup. (3# Bila orang yang kita suka cuba bela kita tapi dia yang terkena akibatnya kita akan rasa bersalah yang teramat sangat)

Tanganku bergerak menyalin nota yang diberikan oleh Cikgu Zamrul tapi mataku tidak tetap, meliar adakalanya aku pandang depan adakalanya mataku sibuk menilik Qhusyairi. ‘Kenapa aku suka dia ya?,’bisik hatiku keliru.

‘Nak kata handsome. Err, biasa! Nak kata athlete. Bolehlah, because dia main softball seangkatan dengan aku. Nak kata ramah. Tak mungkin. Pendiamlah pulak. Nak kata pandai. Hailoh3x! Itu aku kalahlah because dia sememangnye lagi pandai daripada aku. Then, sebab apa ya?’ aku masih memikirkannya sambil tanganku ligat menulis input-input yang aku fikirkan.

Handsome

Biasa jerlah

50/50

Sukan

Softball(boleh diambil kira)

YA

Peramah

Oh, tidak! Pendiam++

X

Pandai

Of cource

YA

...............

.......................

.......

‘Daripada fikirkan dia baik jawab soalan fizik. Bukan dia nak suka aku pon,’bisikku perlahan.

“Fikirkan siapa Alisya? Suka sapa?”ujar suara daripada belakang. Takut-takut aku menoleh ke arah belakang.

“Awak tengah buat apa ni Alisya? Saya rasa arahan saya jelas tadikan? Kertas apa ni Alisya?”tangan Cikgu Zamarul laju mengambil kertas yang aku conteng tadi.

“Handsome, sukan, peramah, pandai. Apa ni? Dalam syllabus fizik ada ke segala bagai ni? Ada ke Alisya?”soal Cikgu Zamarul. Kepala aku menggeleng-geleng. Menjawab setiap pertanyaan Cikgu Zamarul.

‘Rasa macam nak nangis sekarang gak. Itulah sapa suruh buat kerja lain time cikgu mengajar. Eei, sengalnya ko ni Alisya! Sengal tahap dewa! Bengong! Bengong!’air mata sudah agak-agak nak mengalir. Rasanya sampailah segayung ni kalau menangis.

“Cikgu tu kertas saya lah! Saya baling atas meja pastu Alisya baca. Mintak maaf, ya cikgu. Saya janji tak akan mengorat Alisya dalam kelas cikgu lagi,” habis sahaja kata-kata Qhusyairi, semua segala budak selenge, pelajar nerd, popular ketawa bagai nak gila.

‘Gila apa mamat ni. Cari pasal ke? Dah la tak pernah baik dengan aku. Tiba-tiba aje. Semangat hutan mana entah rasuk kepala dia. Gila aku dibuatnya. Janganlah baik sangat dengan aku nanti aku fall in love kau intoxicated overdose karang tak boleh kau nak mengelak,’ Alisya buat muka tension + confused tapi ada lah jugak bunga-bunga bahgia.

Tanpa sedar ada mata-mata yang menjeling tak senang dengan perangai Qhusyairi hari ini. Pelbagai persoalan bermain-main dalam fikiran mereka.

‘Siapa Alisya sampai dia bela minah tu gila-gila?’

‘Alisya girlfriend die ke?’

‘Q ni dah lekat masalah mental agaknya?’

‘Eh, mamat tu boleh bercakap rupanya ingat bisu.’