Sunday, December 13, 2009

cinta tiga segi

Cinta tiga segi

Dia dan kau

Serupa tapi berbeza

Kerna

Dia merupakan lelaki pertama yang datang dalam hidupku

Kau pula lelaki terakhir yang keluar dari hidupku

Dia merupakan cinta pertamaku

Kau pula cinta terakhirku

Dia datang untuk melafazkan perpisahan

Kau datang untuk menghulurkan cinta

Dia datang untuk melukakan hatiku

Kau datang untuk menyayangiku

Dia datang membunuh rasa cintaku

Kau datang menanam benih cinta dalam hidupku

Dia dan kau serupa tapi berbeza

Kerna

Dia keluar daripada hidupku selama-lamanya

Kau datang memberiku segala-galanya

Tuesday, November 17, 2009

epilog KeRTas


Qhusyairi!! Ah, indahnya nama itu! Dari tadi wajah miliknya kutatap tanpa jemu. Dia sedang tekun belajar, penuh kosentrasi dan fokus. Wah, kacaknya!! Serius dan bersahaja. Itulah sikap yang dimiliki oleh pemilik bernama Qhusyairi. Qhusyairi Amrain bin Khairul Azrai, nama yang indah buat pemiliknya. Matanya sejak dari tadi tidak teralih dari papan putih. Ekspresi wajahnya mencuit hatiku. Aku berkhayal. Terbayang dirinya menjadi Prince Charmingku. Kami menjadi pasangan atau we can call it ‘couple’. Haha.. Wah, seronoknya! Kami akan pergi makan bersama, pulang sekolah bersama, main mesej, buat kerja sekolah bersama. Ah, senang kata semuanya bersama! Tapi, mungkinkah jadi macam ni. Adakah dia akan menjadi seromantis itu? Atau sekadar mendiamkan diri seperti ini? Mungkin? Siapa tahu? Banyak kemungkinan boleh berlaku jika bersama jejaka pendiam sepertinya, penuh dengan surprises. Haha.. Nak tergelak pun ada bila terfikir macam tu. Ingat apa filem lama, kisah P. Ramlee ke?

Puan Aisah sedang khusyuk mengajar di depan, aku pula ‘khusyuk’ meneroka dirinya. Setiap inci wajahnya aku tilik. Masa add math yang sepatutnya aku gunakan untuk belajar bagi persediaan peperiksaan akhir tahun terbuang begitu sahaja. “Alisya, jawab soalan no 4 sekarang,” ujar Puan Aisah tegas. Matanya mencerlung melihat wajahku. Aku tercengang. Rakan sebelahku, Marlia segera menunjukkan bukunya. Bingkas aku bangun membuat soalan itu di papan putih. ‘Harap-harap betul,’bisik hatiku risau.

Aku kembali duduk di tempatku. Menanti kata yang bakal terkeluar dari mulut Puan Aisah, umpama menunggu hukuman. Aku sudah terketar-ketar. Puan Aisah meneliti jawapan yang aku buat. Hatiku terkumat-kamit berdoa agar jawapanku betul. Tanpa aku sedari ada mata yang memandangku.

‘Kesian Alisya. Dia bukan tak sihat ke? Kenapa dia datang sekolah? Baru tadi Shasha kata Alisya tak sihat.’ Dia hanya memandang simpati. Hendak menolong tak mampu. Apa kata kawan-kawan lain kalau tiba-tiba dia bangun nak menolong Alisya. Yang penting apa kata Alisya? Dah gila ke mamat nie tiba-tiba tolong aku? Ah, kenapalah perkara ini berlaku kat aku?

“Bagus, saya ingat awak berkhayal tadi. Huh, yang lain contohi Alisya, next time bagi tumpuan dalam kelas saya. Baiklah semua, buat latihan muka surat 215, practice 12. Pastikan semua siap. Esok saya nak kutip. Asyraf besok kutip buku letak kat tempat saya. Ok, semua bangun,”arah Puan Aisah. Aku bersyukur. Hanya Tuhan saja yang mengetahui bertapa bersyukurnya aku. Aku berbisik kepada rakanku mengucapkan terima kasih, aku serba salah tak pasal-pasal aku dapat pujian bak kata orang lembu punya susu sapi dapat nama. Kesian.

Aku menyembamkan mukaku ke atas meja. Kepala aku pening, rasa seperti ingin muntah. Aku kurang sihat pada zahirnya kerana itu aku berkhayal dari tadi. Mana taknya. Takkan aku nak tidur dalam kelas Cikgu Aisah. Cari maut namanya. Usually, aku bagi tumpuan dalam kelas Puan Aisah even actually aku tercari-cari kelibat Qhusyairy. Haha..shhhyyy.. Biarlah rahsia. Aik, dah macam Siti Nurhaliza pulak! Haha.. perasan jadi artis pulak! Dah memang tabiat berangan je. Memanglah jadi macam ni.

Sedang aku ‘sibuk’ melepaskan lelah. Mata yang dari tadi memandang terus memandang tanpa jemu. Mungkin perasaan hati tapi sumpah aku rasa ada orang pandang aku dan yang pasti aku tak selesa langsung. Aku mendongak melilau mencari empunya diri. Saat itu jantung aku seakan-akan berhenti berdetak. Qhusyairi sedang berjalan menuju ke mejaku. Saat itu aku membayangkan umpama Prince Charmingku sedang menuju ke arahku menaiki kuda putih sambil membawa bunga lili putih kegemaranku. Putih sesuci cintanya buatku. Ah!! Aku pula memakai gaun putih kembang menantinya membawa aku jauh dari anasir-anasir jahat. Hoi, ingat apa cerita Cinderella? Alamak! Qhusyairi berdiri betul-betul depan aku sekarang. Calm down girl. Relax! Dia manusia bukan naga nak datang makan kau so jangan risau. Aku cuba bertenang. ‘Indahnya hari ni,’ gumam hatiku.

“Awak ada cakap something ke tadi?,”ujar Qhusyairi kepadaku. Suara garau miliknya bagaikan lagu yang berirama pulak. Ah! Bestnya! “Awak?”tangannya dilambai-lambaikan dihadapan wajahku. “Sorry, eh tak saya tak cakap apa-apa pun? Kenapa err.. awak ada dengar apa-apa ke?”ujarku cuba bersahaja. Takut gagap pulak karang. Buat malu je. “Owh, I thought I heard something. Erm.. Tak pe lah kalau macam tu. Saya nak mintak tolong awak. Soalan tadi tu saya kurang faham sikit tolong ajar. Saya tau awak tak selesa dengan saya. Kalau tak selesa awak just tulis jalan kira yang properly jangan skip apa-apa pun then bagi kat saya. Kalau nak bagi penerangan awak tulis je. Okay?”ujarnya panjang lebar tanpa memberi aku langsung peluang untuk bercakap. “Erm... Okay. No problem. Saya rasa saya boleh tolong. Awak duduklah dulu karang saya pass kan,”aku tak sedar langsung apa aku cakap. Aku just cakap je. Macam mana aku boleh bagi persetujuan. Pelik bin ajaib. ‘Argh!!’batinku menjerit membantah.

Entah mengapa dan apa yang telah merasuk aku. Aku terus menuliskan jalan kira yang PROPERLY seperti yang diminta Qhusyairi. Argh! Apa ‘bala’ yang dibawa si Qhusyairi ni? Bala ke? Atau luck? Huh? Aku tak faham dengan diri sendiri. Apa yang aku buat ni? Aku keliru.

Setelah siap, aku pass kan kepadanya sepantas mungkin. (Pantaslah sangat) “Nah, saya dah tulis dah kan! Nak saya terangkan lagi ke?”kataku sambil menghulurkan kertas telah tertulis jalan kira itu kepadanya. “Erm.. tak yah lah. Saya rasa saya boleh faham. Don’t worry. Hmm.. Nah, untuk awak pulak!,”kertas berwarna sky blue itu diserahkan kepadaku. Aku mengunjukkan kertas itu kepadanya. Tak faham kenapa perlu ada kertas untukku pula. “Buka then baca,”katanya sambil tersenyum. Ya Allah! Handsomenya dia bila senyum. Dia senyum kat aku kan? Aku tertoleh-toleh jika ada orang lain kat belakang. Tak ada. Memang senyuman itu untuk akulah. Putera aku senyum kat aku. Ah, tidak! Aku menerima terlalu banyak kejutan. Balik ini kena tulis dalam diari. Perlu. Mesti. Wajib. “Erm..thanks chaw dulu. Er.. Okay. Bye! Pergi dulu,”akhirnya aku gagap dan start merapu tak tentu arah. Mesti diari aku ‘bangga’ dengan aku sebab dah tulis perkara yang memalukan hari ini.

Kertas tadi aku buka perlahan-lahan. Saja nak bagi kejutan kat diri sendiri. Ceh, nak kasi gempak sikit! Tapi sumpah hati aku berdegup laju sangat. Macam baru kena kejar anjing. Ketika itu terpaparlah tulisan milik Qhusyairi yang amat cantik plus menawan. (1#Bila dah suka seseorang semua benda tentang orang itu akan nampak indah.)

Untuk To Alisya,

Erm.. thankz 4 the answer.. nanti bolehlah tolong lagi ek? eh boleh ker?

Hehehe.. harap2 awak x kisah nak tolong saya lain kali.. kita x pernah

bercakap walaupun kita sekelaskan? so ape kata kita mula berkawan.. hai

nama saya Qhusyairi Amrain bin Khairul Azrai.. nice to meet u? Umur saya

16 tahun.. eleh kan sma dengan awak.. saya dilahirkan pd 16 feb.. alamat?

Nak tau jugak ker? Hehe.. no. 12, jalan cawan A1/2, taman kurnianwan..ape

lagi ek?? Nnt kita sambung ek? Boleh? Tapi kena perkenalkan diri awak dulu

sebab saya x kenal awak..hehehe..selamat berkenalan.

From QA

Ya Allah! Qhusyairi ke yang tulis ni biar betul? Seronoknya! Boleh tampal dalam diari nanti or kat dalam bilik ke. Mana-mana jelah yang pasti aku dapat surat daripada jejaka idaman hati. Ah, sukanya! Nak balas ke? Eh, mestilah! Kena balas pasti sebab inilah satu-satunya option yang dah terhidang depan mata untuk mendekati Qhusyairi.

Dear Qhusyairi,

Salam.. ur welcome..insyallah lain kali saya akan tolong awak lagi.. so janganlah

segan-segan nak mintak tolong pulak tau.. hehehe... x sangka awak nak

berkenalan dengan saya.. awak dah kene rasuk dengan hantu alien ker? hehehe...

saya x kisah langsung untuk berkawan dengan awak.. ok.. nama saya pulak Farha

Alisya binti Hj, Firhan Anuar... sedapkan?? hehe.. puji diri sendiri.. umur kita

sama kan? hehe.. saya dilahirkan pada 2 September.. alamat kita pulak ...

erm.. Biarlah rahsia!! mana boleh bagi tau.. lagi apa awak nak tau.. erm..awak

balas nanti jerlah.. eh, awak nak balas ke? Wait n see... hehehe..

ikhlas dari Alisya,J

p /s; saya ikhlas tau.. sesangat-sangat ikhlas..

Aku teragak-agak untuk menghantar kertas ini kepadanya. Kertas itu aku baca berkali-kali.(dah tak terkira dah) Takut terdapat kesalahan ejaan. Malulah nanti. (2# Kena nampak perfect pada pandangan secret admire.)