Tuesday, March 16, 2010

smbungan KeRTas

Bab 2

Qhusyairi VS Cikgu Zamrul

Aku tak dapat focus apabila Cikgu Zamrul mengajar. Aku masih teringatkan surat yang masih berada ditanganku. Aku genggam erat surat itu. Entah apa yang mamat tu tengah fikirkan.

‘Kenapa Alisya tak balas surat aku ek? Dia tak sudi nak kawan dengan aku. Sadis betullah aku ni. Entah-entah dia dah ada pakwe. Macam mana ni? Sedih betul. Cikgu Zamrul pulak tak abis membebel dia ni nak mengajar ke tak? Eleh macam aku dengar. Jasad je kat sini, fikiran dengan perasaan dah entah ke mana halanya,’ Qhusyairi bermonolog sendiri sambil matanya tertoleh-toleh ke arah Alisya. Entah apa yang Alisya tengah fikir.

“Alisya, Qhusyairi tengah buat apa tu? Sorang tertunduk-tunduk, sorang lagi mata entah ke mana. Qhusyairi saya ada kat depan ni tak pergi mana. Tak lesap tak yah nak cari. Alisya awak pulak kira semut ke? Semut banyak dekat bawah meja ke? Dari kira semut tu, baik awak selesaikan soalan dekat papan putih ni,” kata-kata Cikgu Zamrul disambut oleh gelak tawa pelajar 4 Turquoise.

Muka aku dah panas macam kerang kena bakar. Malunya Tuhan saja yang tau. Mahu saja aku lari keluar balik masuk dorm tapi bila difikirkan balik lagi malu tahap gaban kalau buat macam tu. Aku hanya memandang meja sambil mengutil-gutil hujung buku. Macam rasa nak nangis pulak.

“Erm, cikgu actually Alisya dia tak sihat. Maybe sebab tu dia tunduk kot,” aku langsung tak sangka yang Qhusyairi sedang membela aku. Bertambah-tambahlah aku suka kat mamat ni.

“Oh, Alisya betul ke awak sakit?” aku hanya mengangguk. “Hmmm.. Tak pe Alisya kamu boleh duduk. Kalau Alisya sakit kamu pulak kenapa? Apa alasan kamu? Kamu cari Alisya ke?” ujar cikgu sekali lagi disambut gelak tawa.

“Eh, taklah cikgu! Saya cari cikgu lah takut lesap. Nanti takut tak ada sapa nak mengajar saya subjek Fizik,” ujarnya selamba. Kali ini lebih kuat gelak tawa yang keluar. Aku tak dapat tahan dari ketawa apabila mendengar kata-kata Qhusyairi. Tak sangka langsung Qhusyairi macam ni. Lain betul perangainya kali ini. Weird! Ini ke personality Qhusyairi yang sebenar. Serius, aku tak sangka Qhusyairi boleh jadi macam ini. Mamat paling pendiam(tak adalah pendiam sangat, tapi dikira antara yang pendiamlah)boleh cakap macam tu dengan Cikgu Zamrul. Banyak risiko kalau cuba ‘bergurau’ dengan Cikgu Zamrul. Silap-silap boleh berdiri di hadapan perhimpunan di suruh menyanyi. Berani betul Qhusyairi!

“Pandai betul awak menjawab. Sudah duduk, siapkan kerja saya bagi kat depan ni,” Cikgu Zamrul memberi arahan lalu menyambung pembelajaran yang tergendala. Aku melepaskan nafas lega nasib baik Qhusyairi tak kena dengan Cikgu Zamrul, kalau tidak aku akan rasa bersalah seumur hidup. (3# Bila orang yang kita suka cuba bela kita tapi dia yang terkena akibatnya kita akan rasa bersalah yang teramat sangat)

Tanganku bergerak menyalin nota yang diberikan oleh Cikgu Zamrul tapi mataku tidak tetap, meliar adakalanya aku pandang depan adakalanya mataku sibuk menilik Qhusyairi. ‘Kenapa aku suka dia ya?,’bisik hatiku keliru.

................................................bkl disambung

1 comment: